inspirasi rimba

Labels:

0


NEVER LEFT THE EMPTY SPACE. Kehidupan kami disini sentiasa diisi dengan pelbagai aktiviti. Kali ni 8 tayar bergolek (2 buah kereta) ke tempat sejuk lak... Letih bukan penghalang kami untuk terus ENJOY. Kami ber6 menuju ke tempat rekreasi di air terjun bukit wang.

air jernih mengalir tenang
membasahi bumi
menenangkan jiwa








JURNAL SAHABAT

Labels:

1








**********************************************

Profil 3t2u ni juz nak kenalkan sahabat kamcing saya. Da hampir 3 tahun kami bersama, banyak pengalaman pahit manis, suka duka kami lalui bersama. Dikesempatan ini, sy nak ucapkan a lot of thanks all of YOU for being my very good friends ^_^

Minggu lepas, tanpa dirancang.. tut.. tut.. tiba-tiba da sampai kat padang besar, perlis. Seronok la kami mencuci mata, urm.. cuci duit gak.. hik3.. padang besar ni mmg terkenal dengan pelbagai barangan yang murah. Yang paling bestnya, banyak sangat pilihan, sampai kamipun xtaw nk pilih yang mana 1. Saya, tengok je.. xde duit nk turut serta dlm xtvt beli membeli.. ha3. al-maklumlah.. kejadian tanpa dirancang. ^_^

Bukan saja pakaian, buah-buahan dan pokok ada dijual. Amboi.. cik bari ngn cik myah kita ni, sempat lagi posing ek.. urm .nampak sedap je buah tu kn?? cik aida lak, sempat lagi posing kat pokok. taw la minat hijau. :P

Lepas penat kami meronda-ronda, lapar lak rasanya. Apa lagi, cari gerailah. Apa yang special kat gerai ni pulut mempelam dan pulut ayam. Harganyapun murah je. Hanya RM3.00. Rasa pulut mempelam mmg dasyat, sedap sangat, manis dan berlemak. Sampai sekarang saya xkn lupa rasa tu. Pulut ayam lak, best.. ayam berempah, sos dan sepinggan pulut. macam makan nasi lak.. pe2pn.. puas hati ^_^. leh bg excellent.

Nanti datang ke perlis, mesti plan ke padang besar, xmembeli belahpun.. rasa makanan yang enak2 da kira ok.. tp. fikir-fikir.. datang jauh2, xmembeli. xlengkap la kn.. segala-galanya di tangan anda.

Sekarang saya nak kira kos perjalanan saya dari alor setar,KEDAH ke PADANG BESAR.

minyak kereta= RM30.00 (pergi balik)~huk~naik kete jimat minyak
pergi 5orang .. so bahagi 5 lah.. ala dalam RM6.00 je/org
toupup tenaga, makan & minum = bajet RM10.00
beli belah= RM5.00 je

total semua= RM21.00

"^_^"


beza x antara sahabat ngn kawan?? bagi sy la kan, sahabat membawa maksud yang lebih dalam. "xsemua kawan adalah sahabat, tapi semua sahabat adalah kawan kita". Ada gak yang kata, sahabat adalah cermin diri kita. maksudnya, orang akan judge seseorng itu melalui orang yang dia berkawan. sebab tu, mak kita tak bagi kita kawan dengan orang xbaik pekertinya.

bila kita lama da berkawan, tahu hati budi dan perangai masing2, kita boleh rasa keserasian.. masa tu lah proses sebuah persahabaatan berlaku (aceh3.. palsapah la plak), masa tu kita mula rasa yang dia memahami kita dan kita juga dapat memahami dia.. ala.. senang kata"sekepala". bila kita da mula mengikat sesebuah persahabatan, xboleh la kita sewenang2 memutuskanya, xbaik la kan. sebabnya benda ni semua melibatkan hati da perasaan. sapa pernah couple?(sengeh plez).. sapa pernah putus couple?? .. cam tu juga la sahabat... biasalah sekali sekala, kita ataupun sahabat kita akan terasa hati dengan kita, xsalah kita meluahkan rasa xpuas hati, tapi.. jangan la melampau2.. ada sampai gaduh2.. alahai.. xkn la bende kecik 1 hal.. putus tali persahabatan selama bertahun-tahun. kalau da rasa bersalah kat sahabat kita, xnk mintak maaf skrg xpew.. raya kn ade.. hik3.. ^_^.

pepun, kita mesti hormat dengan pendirian sahabat kita, tetapi, kalau pendirian tu xbetul. kita kne la ubah. UBAH dengan cara yang BERHEMAH. ~Hormatilah sahabat kita sebagaimana kita menghormati diri kita sendiri. jagalah persahabatan itu, kerana kawan sejuta senang dicari, sahabat seorang sukar diganti..

Pendirian sy dalam persahabatan~hik3..
*sangat pentingkan nilai persahabatan
*xmudah terima seseorg yg telah memutuskan persahabatan, walaupun dengan air mata darah sx pun (ish.. nk kne ubah ke prinsip nie??)
*susah untuk berkawan (lack of communication skill..hik3) dan sangat sukar untuk bersahabat
* jumlah sahabat sy skrg = 4 + 1 = 5 je ^_^ (semua perempuan ^_^)
*jumlah kawan = kawan fb da 200, urm.. kawan kt u, sklh dulu..lg.. kg.. urm.. banyak gak upenye.. hik3
*xpercaya lelaki ngn pempuan leh jd sahabat, sekadar kawan biasa.. boleh la ..


tika, xpew.. da ade geng suju ^_^hik3,
semoga persahabatan kita semua berkekalan.
AMIN