Showing posts with label JURNAL. Show all posts
Showing posts with label JURNAL. Show all posts

jurnal sahabat 2

Labels:

0




***********************
1

Cm biasa lah.. walaupun penat, tapi hujung minggu kami mmg da prepare baik nye plan. kali ni fokus utama kami gua kelam, perlis. sempat gak kami singgah di gua cenderawasih untuk sesi fotoshoooot.. ^_^.. tak shok pula rasa bila tak singgah padang besar, pe lagi.. shopping sakan lah kami kat sini.

GUA CENDERAWASIH

Terletak di SERIAB, berhampiran dengan mini putra jaya perlis. hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dari kuala perlis.

Gua cenderawasih sesuai untuk dijadikan tempat rekresai. Disebabkan nama nya pun gua. semestinya ada gua. tapi, tak berani nak masuk lah. gelap.
Ada gak taman permainan kanak-kanak, ada tempat untuk berjogging. boleh panjat bukit.. mcm2 akitiviti lah boleh dibuat. berdating???urm.. NO COMMENT!!..hik3..
Tempat ini cantik juga untuk bergambar. Keindahan kawasan terperlihara dan dijaga dengan baik. Nanti nak melawat perlis, jangan lupa singgah lak. tepi jalan je.. free no charge.
kami yang gila gambar. hik3..

taman permainan kanak-kanak. Uiks?? kanak-kanak ke tu??


ni la gua tempat pendeta bertapa pada zaman dulu kala.

Tempat yang lapang untuk bersenam dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah

GUA KELAM

Gua kelam salah satu tempat yang terkenal sebagai tempat untuk dikunjungi. Ni fakta gua kelam dari wikipedia:

Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.

Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.

Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”).

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

~view Of shooT~







hajat masih belum tercapai sebab tak dapat masuk gua. ada masalah kes banjir hari tu, :(
hope nanti, bila pergi lagi dapat masuk gua
amin..

PADANG BESAR


padang besar terkenal dengan tempat membeli belah. banyak pilihan dengan harga yang murah. aktiviti kami merendet lah. ape lagi. intai setiap inci kedai, survey harga, beli bila da berkenan dan puas hati.

saja duk tengok-tengok. tak de niat nk beli pun. hik3..
'^_^'

Saja je kami lepak-lepak sini. tak lama, 2 jam je.hik3
Lepas tu terus balik kedah

********************************
2

surprise!!!!
HAPPY BIRTHDAY
mc long

Kenapa kami ke gua kelam. sebab yang paling munasabah kami nk sambut birthday mc long ni. nak surprise kn mc long lah.

bari selaku "pemerangkap", mc long berkata:
"weh sek nieh. tok baik"



wish untuk mc long:

semoga mc long happy dengan cara kami. hik3. terkejut bley. pengsan jangan..
disebabkan umo mc long 23.. i nk persembahkan 23 point..

1. nak nyanyi la ckt. appy beday to u, appy beday to u.. appy beday to mc long.. appy beday to u
2. sebab mc long da tua..hope mc long cepat2 kawin
3. tapi sblm tu hope mc long cepat-cepat kaya. nk tmpng 2 kaki
4. sayang mc long sokmo
5. ...... (rahsia)
6.......^_^
......
23.thanz 4 being one of my best friend . forever and after

**************************
3

KUIH TRADISI

kuih benderang


or telingan keling or peniaram or telinga keling

masa kat perlis, aku sempat belajar cara nak buat kuih benderang daripada nenek salah seorang kawan baik aku, aida. Cara nak buat simple je tapi rumit. nenek kata mula-mula try mmg payah nk jadi. nak buat lak kene cepat. bagi yang mula belajar, pakai 2 tangan mmg rasa xcukup. xcm nenek. sentuhan 2 tangan nenek. rasa benderang da cukup hebat.

bahan-bahan nak buat simple je.. tepung beras, gula merah, gula pasir, tepung gandum, air, lain-lain tu cawan sebagai sukatan, mangkuk, senduk dsb. rahsia kuih jadi ke tak bergantung pada tepung beras yang kita guna. tu kata nenek. ^_^

nak jadi sebiji benderang take time sikit. at least 1 hari sebab lepas gaul semua adunan sampai sebati, kene simpan 1 semalaman. esoknya barulah boleh goreng.


step yang simple je:~

(1) campur 4 cawan gula merah+2 cawan gula pasir+3 cawan air.
pastu kacau atas api sampai mendidih. at least 3 kali didih.


(2) Campur 1kg tepung beras + 1 cwn tepung gandum.
kacau sampai sebati


(3) Campur sebatian gandum dengan campuran gula yang mendidih tadi.


(4) kacau sehingga sebati dan simpan semalaman sebelum digoreng


~selamat mencuba~




JURNAL SAHABAT

Labels:

1








**********************************************

Profil 3t2u ni juz nak kenalkan sahabat kamcing saya. Da hampir 3 tahun kami bersama, banyak pengalaman pahit manis, suka duka kami lalui bersama. Dikesempatan ini, sy nak ucapkan a lot of thanks all of YOU for being my very good friends ^_^

Minggu lepas, tanpa dirancang.. tut.. tut.. tiba-tiba da sampai kat padang besar, perlis. Seronok la kami mencuci mata, urm.. cuci duit gak.. hik3.. padang besar ni mmg terkenal dengan pelbagai barangan yang murah. Yang paling bestnya, banyak sangat pilihan, sampai kamipun xtaw nk pilih yang mana 1. Saya, tengok je.. xde duit nk turut serta dlm xtvt beli membeli.. ha3. al-maklumlah.. kejadian tanpa dirancang. ^_^

Bukan saja pakaian, buah-buahan dan pokok ada dijual. Amboi.. cik bari ngn cik myah kita ni, sempat lagi posing ek.. urm .nampak sedap je buah tu kn?? cik aida lak, sempat lagi posing kat pokok. taw la minat hijau. :P

Lepas penat kami meronda-ronda, lapar lak rasanya. Apa lagi, cari gerailah. Apa yang special kat gerai ni pulut mempelam dan pulut ayam. Harganyapun murah je. Hanya RM3.00. Rasa pulut mempelam mmg dasyat, sedap sangat, manis dan berlemak. Sampai sekarang saya xkn lupa rasa tu. Pulut ayam lak, best.. ayam berempah, sos dan sepinggan pulut. macam makan nasi lak.. pe2pn.. puas hati ^_^. leh bg excellent.

Nanti datang ke perlis, mesti plan ke padang besar, xmembeli belahpun.. rasa makanan yang enak2 da kira ok.. tp. fikir-fikir.. datang jauh2, xmembeli. xlengkap la kn.. segala-galanya di tangan anda.

Sekarang saya nak kira kos perjalanan saya dari alor setar,KEDAH ke PADANG BESAR.

minyak kereta= RM30.00 (pergi balik)~huk~naik kete jimat minyak
pergi 5orang .. so bahagi 5 lah.. ala dalam RM6.00 je/org
toupup tenaga, makan & minum = bajet RM10.00
beli belah= RM5.00 je

total semua= RM21.00

"^_^"


beza x antara sahabat ngn kawan?? bagi sy la kan, sahabat membawa maksud yang lebih dalam. "xsemua kawan adalah sahabat, tapi semua sahabat adalah kawan kita". Ada gak yang kata, sahabat adalah cermin diri kita. maksudnya, orang akan judge seseorng itu melalui orang yang dia berkawan. sebab tu, mak kita tak bagi kita kawan dengan orang xbaik pekertinya.

bila kita lama da berkawan, tahu hati budi dan perangai masing2, kita boleh rasa keserasian.. masa tu lah proses sebuah persahabaatan berlaku (aceh3.. palsapah la plak), masa tu kita mula rasa yang dia memahami kita dan kita juga dapat memahami dia.. ala.. senang kata"sekepala". bila kita da mula mengikat sesebuah persahabatan, xboleh la kita sewenang2 memutuskanya, xbaik la kan. sebabnya benda ni semua melibatkan hati da perasaan. sapa pernah couple?(sengeh plez).. sapa pernah putus couple?? .. cam tu juga la sahabat... biasalah sekali sekala, kita ataupun sahabat kita akan terasa hati dengan kita, xsalah kita meluahkan rasa xpuas hati, tapi.. jangan la melampau2.. ada sampai gaduh2.. alahai.. xkn la bende kecik 1 hal.. putus tali persahabatan selama bertahun-tahun. kalau da rasa bersalah kat sahabat kita, xnk mintak maaf skrg xpew.. raya kn ade.. hik3.. ^_^.

pepun, kita mesti hormat dengan pendirian sahabat kita, tetapi, kalau pendirian tu xbetul. kita kne la ubah. UBAH dengan cara yang BERHEMAH. ~Hormatilah sahabat kita sebagaimana kita menghormati diri kita sendiri. jagalah persahabatan itu, kerana kawan sejuta senang dicari, sahabat seorang sukar diganti..

Pendirian sy dalam persahabatan~hik3..
*sangat pentingkan nilai persahabatan
*xmudah terima seseorg yg telah memutuskan persahabatan, walaupun dengan air mata darah sx pun (ish.. nk kne ubah ke prinsip nie??)
*susah untuk berkawan (lack of communication skill..hik3) dan sangat sukar untuk bersahabat
* jumlah sahabat sy skrg = 4 + 1 = 5 je ^_^ (semua perempuan ^_^)
*jumlah kawan = kawan fb da 200, urm.. kawan kt u, sklh dulu..lg.. kg.. urm.. banyak gak upenye.. hik3
*xpercaya lelaki ngn pempuan leh jd sahabat, sekadar kawan biasa.. boleh la ..


tika, xpew.. da ade geng suju ^_^hik3,
semoga persahabatan kita semua berkekalan.
AMIN